Sunday, August 2, 2009

Aku Cinta Malaysia

Aku cinta malaysia,
aku sayang malaysia,
aku kasih malaysia,
cintaku padanya tak ternilai dengan harta benda,
dalamnya kasihku tak dapatku dambakan lagi,
kerna segala nikmat telah aku rasai,
di bumi bertuah ini,
namun tak semua sedar,
dalam gembira kita ini,
getir yang harus ditempuh,
terlalu perit untuk digambarkan,
mahupun diucap kata-kata

ratusan tahun dijajah, dihina,
oleh bangsa penjajah dari pelusuk dunia,
hanya harta dicari, maruah menjadi tukar ganti,
bangsaku ibarat tiada erti, rebah di bumi sendiri

telah banyak perajurit terkorban,
telah banyak darah ditumpahkan,
telah lali bumi ini dengan tangisan,
tangisan insan kerdil tidak berdaya,
semuanya kerna satu perjuangan,
demi hak dan pembebasan,

namun ogos 31 1957 merubah segala,
detik emas negaraku kembali bebas,
detik penyatuan semua bangsa,
terlepas dari jajahan kejam,
merdeka satu laungan keramat

kini aku di sini, sebagai pewaris bangsa,
bakal pemimpin dan memimpin,
sebuah sejarah baru,
hatta harusku bersedia dan waspada,
jika ku terleka walau seketika,
musuh sedia, durjana menanti,
kerna sejarah mampu berulang kembali.

nukilan - anak1malaysia

Friday, July 31, 2009

Search This Blog

Followers