Thursday, March 17, 2011

Awak...

Kalau saya dapat menjadi peneman hidup awak sekarang.... :-)

Aku keliru...

Salam kepada semua :-)

Hari ni aku nk post lagi tentang aku, cuma aku tak tau nk mula kat mana. Hmmmm,..... ok, aku mula dgn Bismillah...

Arite, sejak akhir2 ni, aku sgt2 buzy ngan assignment, quiz, test, xtvt uitm... wahhh... (penat siot.....tp aku redha sebab ni pun pilihan hidup aku kat sini :-) )

Cuma satu ja yg buat aku rungsing, sejak akhir2 ni aku selalu pikir pasal kiamat, kematian, jodoh, kahwin, halal n haram.... bagus aku sedar benda2 camni, tapi apakah langkah seterusnya perlu aku lakukan? Perubahan! yup, semestinya, tapi... aku tak mampu nk berubah secara mendadak, perlu "go with the flow"...

Yang aku sangat pikir2 kan sekarang ialah tentang relationship aku. Betul ker apa yg kitaorg buat ni? Kitaorg tahu apa yang boleh dan tidak, tapi macam mana nak cakap eh, kusut2...

kalau nak melangkah ke step seterusnya, memang takkan dapat lah lagi sebab kitaorg muda lagi, nk bagi anak org makan apa nanti? ( inilah ayat yg aku selalu psiko diri aku agar tak fikir pasal perkara2 ni)...... tapi...... kusut2...

Tahu yg mana baik dan buruk, tapi kenapa aku tak faham2 lagi? aku tak tau nk buat keputusan tepat, tapi semua salah aku jugak sebab mulakan semuanya ( tapi hati aku sgt2 berdetak untuknya.... macam mana ni.... )

aku harap apa yang aku rasakan ini ikhlas untuk mencintainya kerana Allah. sebab aku tak mahu mainkan persaan sesiapa, minta maaf kalau aku dah mainkan persaan sesiapa (awk, sorry sgt2 kalau saya dah sakitkan hati awk...)

yang aku boleh lakukan sekarang ialah terus berdoa, sabar dan redha akan apa sahaja ketentuan Ilahi, aku terima.... sebab Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk para hambanya....

Aku insan yang lemah, Ya Allah, aku merayu akan pertolonganMu... kuatkanlah hati kami, para hambamu ini.... bantulah kami untuk membuat keputusan yang tepat dalam hidup kami, agar kami tidak terdorong oleh pengaruh nafsu yang membawa keburukan, wahai Tuhan yang Maha Pengampun...

Jika dia tercipta untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, tetapi jika dia bukan untukku, tenangkanlah dan redhailah hatiku dgn ketentuanMu Ilahi....

Ini mungkin ujian dariMu kepada kami.... Kami terima dgn hati yg redha Ya Allah...

Moga kami sentiasa dalam rahmat, keberkatan dan perlindungan dariMu Ya Allah....di Dunia dan Akhirat, dan tempatkan kami di dalam SyurgaMu kelak Ya Allah.... Insya Allah...

Awak, rezeki, jodoh, hidup dan mati itu ketentuanNya kan? Kita harap yang terbaik yer :-)

Thursday, March 3, 2011

Home Sweet Home

Salam to all :-)

Arrived safe and soundly at home ~

Need time to rest, and time for myself....

Search This Blog

Followers