Saturday, May 8, 2010

rise and fall...

salam semua...

Alhamdulillah hari ni, jumaat baru ja berlalu. Kelmarin telah tinggal sejarah, hari ni sedang diukir, esok harapan x pasti...

Jumaat, 7 mei 2010, telah perginya seorang cousin ku, kembali kepada penciptaNya yg lebih sayangi beliau. Menghidap kanser yg telah lama ditanggungnya, seluruh anggota kini terbujur kaku, selamat disemadikan antara umat Islam yg lebih dahulu menyahut seruan Ilahi.

Lebih kurang dua bulan lalu, ayahnya, yakni Pak Lang ku juga telah pergi bertemu Ilahi. pemergian yg byk menyedarkan aku tentang betapa hidup ni singkat sahaja.

kita hanya menumpang di dunia ini, mencari bekal amalan utk meneruskan perjalanan yg pasti menuju akhirat yg pasti. ku bersyukur kerna masih bernyawa, bernafas dlm udara milikNya, sihat pancaindera, rohani dan jasmani, utk terus mencari erti hidup...

kini, yg penting, jdkan apa yg berlalu sebagai pembakar semangat ku utk meneruskan perjuangan sebagai mukmin sejati, menempuh onak berliku demi kejayaan umat sejagat.
ku yakin, Allah sentiasa bersama para hambanya yg ikhlas beribadat kepadanya. Insya Allah.. Amin...

detik ini, ku akan pastikan, ku cuba lakukan yg termampu , manfaatkan nafasku ini tuk kejayaan hakiki. sahabat2ku, mari kita bersatu menuju keredhaanNya!!! Ayuh!!! :-)

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Followers